Jumaat, 25 Februari 2022

Cakap dengan orang . Serupa cakap dengan tongkoi kayuu .. pastu buat muka bodo² ...

Jumaat, 18 Februari 2022

Rasa macam loser gilaa .. nak beli pencuci muka punn dah tak mampuu .. ehh sedih sangat hidup macam ni .. entah la sampai bila nak hidup dalam kebodohan segala benda nak kena catu. . miss my old life.. 

Jumaat, 3 Disember 2021

They never know. How struggle aku nak mengawal perasaan and emosi aku dalam keadaan aku yang sangat² stress rn 😢 aku nak keadaan yang sangat senyap untuk bertenang .. sejam pun jadi laa at least mood aku kembali stabil .. ni dak .. serba serbi nak bagi aku naik angin .. sejujurnya aku sangat² tak okay ..

Isnin, 1 November 2021

hello

 Dah lama tak menjengah kat blog yang ni .. hahahah .. last aku blogging taon 2019 .. tu pun sebab laptop aku boleh guna lagi.. lepastu laptop lingkup ..kesian aku gian nak meluah perasaan.. lani dah taon 2021 . lagi berapa bulan ja lagi nak masuk taon 2022.. aku pun dah kawin dah ada anak seketoi .. anak aku pun dah nak masuk umoq setaon dah .. eh noh .. cepatnya masa berlalu .. sedaq2 dah 2 taon PkP .. aku pun dah 2 taon dok mereput kat rumah tak p mana .. jemu dah ..taon ni mcm2 dah jadi .. aku pun menganggur ja lani sebab nak jaga anak aku .. insyallah taon depan aku start cari kerja .. semoga aku anak beranak dimurahkan rezeki .. amin

Sabtu, 27 Julai 2019

Pulau Pangkor Trip

Terasa macam dah lama sangat sis tak lepak kat sini .. hahaha. since zaman dah berubah ni . malas nak sembang nonsense kat sini . Bila umur dah meningkat dewasa ni . banyak pulak benda nak kena buat sampai tak sempat nak buat benda yang tak penting . So cerita nya. Haritu sis p holiday. lepastu ada la pulak kenangan manis dan pahit yang maha dasyat punya . sampai jadi nightmare . ya ampun scary gila ..

Al kisah . kakak kan dari utara tanah air . jadi nak mudah naik train la terus ke butterworth. tiket komuter dalam  . RM 8.00 something la . ntah la . tak berapa nak ingat pulak.


Ha . bila dah sampai kat KTM butterworth tu. dalam kemalasan dalam diri . kakak pun heret la tenggiling kakak p penang central tu . kan nak naik bas p Lumut . banyak la persinggahan nya. konon nya nak backpacker la .. backpacker hotak .. sekali heret . bawak bagasi masuk pulau cek oii



Okay . nindia tiket dari penang central p Lumut ..boleh lamurah jugak . dari nak kena drive . minyak lagi. tol lagi . membazir jaaa..


Hahaha . disini ada satu pengakuan . sebenaqnya . ni first time kakak p pangkor ha .. hahahah.. tak tau apa pon .so member kakak la yang bertungkus lumus buat reasearh pasai pangkor ni .. sebab tak tau kepala ekoq kan nak p kot mana .. so bila jumpa benda ni dalam facebook . so mudah la kerja kami nak tuju kot mana .



Finally. Selepas beberapa jam bertapa dalam bas tu.  Berapa kali tidoq tara nak sampai. kebas p habis tak sangga dah.  Sampai la jugak lumut. .  So . Bas akan berenti dekat stesen bas lumut . Makna kata . Kita kena la jalan kaki p kat jeti.  Tak jauh pun . Dalam  2 3 minit jaaa.


Disebabkan kami berdua zero knowleadge bab pangkor ni . okay bila sampai ja kat jeti ada sorang makcik ni tunggu dekat sana . macam travel agent mcm tu laaa .. so kami ambik la pakej dengan dia . snorkeling. island hoping dengan motor sewa .. total cost RM 200.00 hahaaha mahal kan ?? emm mahal la jugak . tapi time tu rasa macam tak . sebab tak tahu.. tapi bila dah tahu . okay .. memang mahal ...so ni tips . untuk yang nak jimat. JANGAN ambik pakej dengan travel agent . hahahahhaha.. book hotel awal-awal . pakej snorkeling dengan island hoping tu RM 45.00 jaaa .. motor sewa pulak. sehari baru RM 35.00 - RM 45.00 macam tu .. boleh ambik dengan abang syam . 01161502377 ..


Ni lah laluan nak ke feri.. tiket feri dewasa RM 10.00 . kanak-kanak . tak tahu lah pulak . sebab tiket dia tu aku dah buang . so terlupa . hahahahahahha


Gambaq ni bukan kakak posing tepi laut nah . ni tengah laut . atas feri tu . angin kuat taa laaa dengan panas nya . tapi gigih jugak nak posing . konon sangat .. sbb dalam feri tu ada ja seat tapi kalau nak ketwat menunjuk kat insta . hampa p la keluaq dekat atas tuu .. depa tu ada ja bumbung bukan tadak .. tapi biasa la girl-girl kan .. pangkor ni ada 2 perhentian . kakak turun yang kedua punya .. sebab perhentian yang pertama tu . Dia lebih kepada kampung nelayan .. kampung cina gituuu .. tapi tengok. mcm ramai jugak yang turun kat situ ., taktau la pulak ada apa ..



Selama 3 hari 2 malam . kat sini la kakak bertapa . Nazri Nipah Camp . kalau p 2 orang backpacker bujang . boleh la duduk dekat rumah yang mcm chalet ni . tapi kalau untuk couple kakak rasa tak sesuai kot .. hahahaha ... tempat dia ni kat teluk nipah . kawasan dia nak p tu kena naik bukit yang mcm jalan nak p pantai kok langkawi tu .. memang jauh jugak la dari pekan . kalau untuk yang tak biasa tu .. pastu area ni makan senang .tapi tak banyak pilihan . kakak duk sini pun . kalau malam kakak kan p makan kat pasir bogak jugak . kalau untuk perempuan tu . kakak rasa mmg bahaya jugak laaa .. kalau nak lalu kawasan ni malam-malam . better duduk kat area pasir bogak jaaa ...


hahahha . cantik dak tempat dia ?? mai nak habaq . kat sini mungkin  2 3 orang ja yang akan jumpa tempat ni .. sebab dia duduk dekat celah-celah kedai  dekat teluk nipah tuu .. 




Day 1 lepas check in letak barang. pastu g lah tukar baju untuk photoshoot . p berdua jaa . sapa yang tangkap gambaq ?? pasang kaki laaaaaaa ~~~ murah ja benda tu kat shopee .. tapi beli la yang ada remote control tuu . senang sikit nak posing .


Day 2 .Sebelum kejadian . island hoping tour .. lupa nak tangkap gambaq pamplet .. best la jugak .. sebab boleh p banyak tempat . yang lagi best . atas boat tu kaka berdua jaaa .. boat ni kakak naik kat teluk nipah . dari tempat kakak tu . jalan kaki 2 3 minit ja nak sampai . disebabkan kakak ambik pakej . so mama lela tu. dia akan bagi sampul surat kat hampa suruh p bagi kat abg tuu .. so hampa p bagi jaa la kat dia . pastu nanti dia akan bagi life jacket. goggle dengan kasut untuk snoekeling .. goggle tu kena jaga elok-elok. kalau hilang dia akan charge RM100.00 ..


Ni lah kejadian yang aku nak mention tu. tengah syok snorkeling kat pulau giam . ntah mcm mna laa . talipon kakak kena ayaq laut .mula-mula okay jaa .. lepastu k.o.. bermula lahh hidup kakak tanpa fon . untuk beberapa hari .. disebabkan rasa sedih yang melampau . kakak snorkeling berapa minit ja .. lepastu dah tadak mood. petang tu naik darat terus kakak hantaq p kedai kat jeti tu .. nasib la dia boleh buat .. cuci board RM 50.00 tukaq screen RM180.00. tapi kakak hold dulu . balik tukaq screen kat pelis laa . sebab duit tak cukup . lepastu nak tunggu pulak lambat .


Gambaq ni dekat coral beach . cantik pulau dia .. nampak dak. dalam tadak mood fon rosak pun boleh posing lagi cek oii . tapi sedih gak laa . gambaq dekat pulau ni tadak dalam fon kakak ..



Lepas settle talipon kakak p kedai. P beli barang-barang makan kat industri halal food tu . kakak lupala nama shortfoam dia . pastu gambaq pun lupa nak tangkap .. hmm hmm . petang tu p laa kat pantai pasir bogak . yang kakak kata mcm pekan tuu .. apa yang kakak perasan la . kat sini petang-petang pun tak ramai sangat orang tak ramai budak-budak. makna kata hang boleh la posing dengan tenang tak malu kat orang.. tang ni tempat dia lagi best lagi cantik dari kat pantai teluk nipah tuuu ..


Ni laa kakak rasa gambaq last kakak sebelum kejadian iphone shu terejun laut teluk ketapang . . sebab kaki dia kena pukui dengan angin . sedih . tekejut . takut .lawak . semua ada ..ayaq dekat sini bukan besa-besa punya . memamg dasyat gila . bayangkan dedua tadak fon nak mintak tolong orang. nasib la ada hamba allah ni .. abang yang kami sewa moto dengan dia tu lah yang tolong p selam cari fon shu ni ...punya la takut dia lemas . masing-masing dok doa tak bagi dia jadi gena-gena . nasib la jumpa . lepastu mcm besa la. hantaq p hospital laa.. iphone dia pun p la bekawan dengan fon kakak kat kedai cina tuu ...pastu dedua tadak fon laa .. bersedih la malam tu . nasib la abg tu bagi pinjam fon 3310 dia .sebab dia kesian . dengan nak balik jauh . fon rosak . takut jadi apa-apa...



Last Day dekat lumut . pagi tu bangun awal settel check out. tunggu abg tu ambik barang kami. g ambik fon kat kedai . hantar moto. pastu gerak balik lah .. yang ni pulak jadual bas sri maju gerak p utara ... gerak balik tu . tak cakap banyak .kakak naik bas . k.o sampai butterworth . sebab penat .

tak cerita bab makan . sebab rasa mcm tak penting .makan pun biasa-biasa saja . takleh nak tangkap gambaq makanan sebab fon tadak . total cost . hmm ntah la nak tadan nak pikiaq . sebab boleh laaa . murah jaaa . tak mcm langkawi . nipun bajet jadi banyak . sebab fon masuk hospital ja nii ... bye~~

Rabu, 29 Oktober 2014

Nak Hilang Stress

Haha okay entry kali ni pasal STRESS. Kadang kadang disebabkan busy, masalah, kawan kawan, boyfriend, girlfriend kita stress kan? Hahah okay aku ada beberapa LANGKAH UNTUK HILANGKAN STRESS         

LANGKAH 1, buat macam ni* ni sebagai permualaan untuk panaskan badan* HAHA

LANGKAH 2, *cara ni untuk legakan leher dan bahu anda*


LANGKAH 3, wachaaaaaa! kita karate sikit! HAHAHA


LANGKAH 4, ewah ewah, goyangkan badan kanan ke kiri sikit. Haha


LANGKAH 5, then goyangkan tangan. buat seolah olah kita ni tengah happy gila gila happy :x


LANGKAH 6, kemudian goyangkan badan dan kaki sedikit. buat dengan selamba je. dan buat seolah olah macam kita ni tak ada masalah.


LANGKAH 7, lakukan secara agresif pula. Tapi sebelum lakukan tu, makesure tempat tu tak ada oranglah okay? Nanti takut orang lain kata apa pula :3 haha


LANGKAH 8, tolakkan tangan kita keatas. Ibaratkan semua masalah kita ada kat dalam tangan untuk dicampakkan ke atas.


LANGKAH 9, goyangkan tangan dengan kepala serentak. Abaikan apa orang nak kata pun.


LANGKAH 10, akhir sekali, lakukan joget kucing. ewah ewah ewah. HAHAHAHA



Okay SELAMAT MENCUBA! :X